Saya menerima surat dari salah seorang pembaca sahabat kole kacang. Sebenarnya 'bapa pembaca' Sahabat Kole Kacang. Untuk 'Bapa Prihatin' ini saya ucapkan terimakasih.
Sahabat Kole Kacang, sebenarnya adalah satu projek eksperimen, yang bahan-bahan untuk membuatnya saya kutip dari pemerhatian semasa dan mendengar pandangan orang-orang yang pernah membuat kisah kanak-kanak, dan yang telah berjaya membuat kisah kanak-kanak.
Dalam kes Sahabat Kole Kacang, ia melibatkan unsur yang ketiga iaitu pengalaman. Sahabat Kole Kacang adalah "kanak-kanak yang bercerita dari sudut pandangannya", sementara Pensil Sebatang adalah "guru yang menceritakan pengalaman seorang anak", saya harap jawapan ini sudah cukup untuk menerangkan kepada 'bapa prihatin' yang menghantar pertanyaan ke e-mail saya menanyakan soalan yang berkaitan.
Saya memilih untuk bercerita dari sudut pandangan kanak-kanak kerana saya merasakan bahawa buku ini bacaan yang di baca oleh kanak-kanak, kerana itu bahasanya memang lebih ringan, dan jalan ceritanya yang lurus-lurus sahaja, kehadiran watak-watak kanak-kanak itu memang di sengajanya berbicara yang seperti itu kerana saya merasakan bahawa dalam usia yang relatif hijau itu, kanak-kanak ini akan merasakan bahawa keakuan bahasa yang lembut yang tampil dengan bahasa yang begitu 'berdisiplin' ( menurut kata 'bapa prihatin' ini) adalah 'lumrah' untuk berbahasa yang wajar.
Saya ditanyakan mengenai "Sembilu Kasih". Oppp, bicara di Sahabat kole kacang adalah bicara mengenai hal ehwal pembikinan Sahabat Kole Kacang, kalau mahu bicara mengenai skrip, ya..,singgah sahaja di http://panaharjuna.blogspot.com . Di sana kita bicara skrip dan bahasa skrip.
Tutup soal bahasa dan dialog. Soal cerita pula. Ya saya akui bahawa saya masih belum meletak time frame dan zaman yang tepat di dalam cerita itu, seperti mana menurut kata 'bapa prihatin' zaman di mana sahabat kole kacang ini hidup masih belum dapat ditentukan.
Ini juga saya sengajakan. Kerana saya ingin menjaga 'hayat' cerita ini. Walau bagaimanapun, saya akan memikirkan semula mengenai cadangan-cadangan beliau itu. Insyaallah, cadangan untuk menampilkan sahabat kole kacang dengan idea teknologi itu boleh saya timbangkan.
Untuk Novel Kole kacang yang kedua ini saya suka mengatakan bahawa saya telah memilih tajuknya sebagai "Jiwa Pendekar", manakala untuk Sahabat kole kacang yang ketiga saya akan membuat kisah penyiasatan mengenai misteri sebuah rumah di kampung Sri kendong yang di katakan berhantu, tajuknya masih belum komfirm lagi tetapi saya menimbangkan untuk meletakkan tajuk "Misteri Banglo Lama".
Insyaallah akan saya tulis secepat mungkin.
Tuesday, July 11, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment