Monday, December 04, 2006

Sebuah Kisah Untuk Dikongsi Bersama


Menjadi penulis sebenarnya bukan sekadar menjadi seorang pencerita. Malah sebenarnya lebih jauh, menjadi seorang pendeta. Ada sesuatu pada masa lampau seorang penulis itu yang membuatkannya terdorong untuk menceritakan apakah keresahan dirinya yang mendorong penanya bergerak menceritakan detik-detik yang telah menghantuinya itu lalu menjadikan ia sebuah catatan untuk di khabarkan. Mengharapkan ada ikhtibar dan nasihat yang mampu diberikan untuk generasi mendatang membuat hitungan sekiranya detik-detik itu berulang.

Kerana sejarah itu mengulang dirinya. Hanya mereka yang belajar dari sejarah itu mampu menangkis kesan dari derita yang dibawa oleh kebobrokkan masa silam itu lalu mengubahnya menjadi cerita gembira dan bahagia.

Sebenarnya, kisah Sahabat Kole Kacang 2 adalah cemaran dari bahagian diri penulis pada satu ketika dahulu yang berontak untuk dikongsikan bersama pembacanya. Bagai ada satu desakkan moral dari dalam diri penulis yang memukul perasaannya pada setiap kali bila parut ingatan silam itu lewat di jiwanya

Sumpahan masa pada saat dan ketika itu.
Didalam Sahabat Kole Kacang 2 saya membayangkan apakah sebenarnya yang seharuskan dilakukan oleh watak Shafie setelah melalui waktu-waktu yang sukar itu.

Perkara inilah yang terjadi kepada saya. Saudara pengarang di dalam kisah ‘Jiwa Pendekar’itu adalah Shafie .Shafie yang menurut hemat saya seharusnya bertindak.
Hendak tahu kisahnya?,

Jangan lupa dapatkan Sahabat Kole Kacang 2 –Jiwa Pendekar di MPH, Popular pada hujung bulan ini.

Selamat menimba pengalaman!.

Sinopsis dan Keputusan Undian Sahabat Kole Kacang 2

No comments: