Friday, January 19, 2007

Sahabat Kole Kacang : Kami meningkat setahap lagi

Walaupun "Sahabat kole kacang 2-Jiwa Pendekar" telah selamat diterbitkan, jiwa saya dan Faisal masih sedikit terganggu. Ada kerja-kerja teknikal yang harus membuatkan ketekunan dan azam kami meningkat setahap lagi. Saya fikir , Saya, Faisal dan seluruh team Sahabat Kole Kacang harus tampil serius dalam kerja-kerja kami jika menginginkan produk ini menjadi lebih berkualiti dan di hormati oleh para pendidik dan guru .

Semalam saya dan Faisal bertemu untuk menguruskan studio sahabat kole kacang. Masih banyak yang perlu kami halusi, dalami dan berbincang secara mendalam demi untuk menghasilkan "Sahabat Kole kacang 3", pembinaan watak dan perbincangan teknik ini akhirnya menumbuhkan satu ilham baru yang saya fikir akan besar manfaatnya untuk golongan penulis dan pelukis pada era baru yang berhasrat untuk untuk terjun ke dalam dunia kerja menghasilkan komik ini. Tunggu.




Di studio, pelbagai ilham baru dan kertas kerja timbul hasil perbincangan kami berdua. Rupa-rupanya bekerja dengan sessi brainstoming bersama Faisal membuatkan daya bertindak, berfikir dan bekerja kami meningkat setahap lagi.

Terimakasih kepada semua yang telah menyokong dan memberikan feedback kepada karya-karya kami ini. Saya tidak menyangka bahawa sahabat Kole Kacang 3 akan memandu perhatian kami ke tahap yang setinggi ini. Masih juga kami merasakan ada kekurangan pada karya-karya kami yang sebelum ini. Justeru itu saya mohon maaf jika ada kekurangan yang terlepas dari pandangan mata kami.



Kami akan lebih berusaha lagi di masa hadapan.

No comments: