Johan dan Hassan adalah dua orang watak yang hendak menyampaikan sajak ini buat Cikgu Kalam, hehehehehe....
USTAZKU
Ustazku,Aku tahu mukanya kelat,
Kalau muridnya berpakaian ketat,
Akan segeralah ceramah berjela,
Mendera masuk ke lubang telinga,
Otakku suntuk seminggu dua!.
Ustazku,
Kalau kami tinggalkan solat,
Malah bersantai di hari jumaat,
Maka terimalah sumpah keramat,
Berupa rotan lapan belas birat,
Kerana nak belajar jadi keparat,
Ustazku,
Walau garang seperti Jepun,
Walau sesekali berlaku Hitler,
Masih aku berterimakasih,
Pada marahmu, pada jeritmu,
Pada cubitmu, pada pulasmu,
Pada dendamu, pada rotanmu,
Kerana hari ini aku manusia,
Yang tahu adab pada tuhannya,
Berkat ikhlas ajaranmu.
Terimakasih guruku!. Budi mu tak mampu ku balas.
1 comment:
Wah, sentimentel betul sajak ini Ice. Nanti saya pun nak tampal kat blog, terima kasih di atas segalanya.
Post a Comment