Wednesday, September 05, 2007

SAHABAT KOLE KACANG 3

Cover 01

Cover 02

Dunia kanak-kanak adalah dunia ingin tahu. Mereka ingin tahu segalanya. Kerana itulah pada usia yang masih sangat muda, Sahabat Koleh Kacang, saya hadapkan dengan berbagai pertanyaan dan persoalan yang biasanya berlegar-legar di fikiran mereka
.

"Adakah hantu wujud?"kalau seorang kanak-kanak menanyakan ini, maka jawaplah dengan jujur. Jangan ditakuti mereka. Kerana hantu tidak wujud. Tetapi jika hantu yang dimaksudkan itu adalah "Jin Kafir dan Syaitan" jawapnya ya, mereka memang wujud. Malah ada satu surah di dalam Al Quran yang bernama Surah Al-Jin ( Surah ke -72) .

Jadi, apakah hantu itu?, Hantu sebenarnya adalah merupakan bayangan dari kepincangan hidup yang terjadi akibat dosa dan noda yang ditimbulkan oleh beberapa anggota di dalam masyarakat. Inilah premis asas di dalam Sahabat Koleh Kacang 3 -"Misteri Banglo Lama"

Penerangan di atas barangkali menakutkan ibu bapa untuk membeli SKK3. Jangan khuatir, SKK3 masih bernada "kanak-kanak" yang adventurous . Kali ini Muaz, Zuhaimi dan kawan-kawannya telah kehilangan JATA kebanggaan Hj Jalil (Sarjan John Bravo J). Ketika mereka berkhemah di sebuah kawasan Sungai berhampiran sebuah banglo lama. Khalid dengan tanpa berfikir panjang memarahi Azizul dan membebankan sebab kehilangan itu kepadanya.

Namun hal itu dapat diselesaikan dengan jalan bertenang dan mesyuarah (di bawah pohon jambu) . Kehilangan itu juga membawa langakah sahabat Koleh kacang ke kawasan perkemahan mereka dan di sana mereka telah berkenalan dengan satu watak baru, seorang lelaki asing dan misteri yang tidak menyukai kehadiran mereka di kawasan berhampiran Banglo Lama itu.

Siapakah lelaki itu?, mengapakah dia tidak menyukai kehadiran SKK3, apakah yang cuba disembunyikannya adalah soalan-soalan yang perlu dicari sendiri untuk menjawab pertanyaan yang timbul dari kisah di atas.

Caranya?Tunggulah kelahiran SKK3 yang sekarang di dalam proses pembikinan kulit hadapan dan ilustrasi-ilustrasi di dalamnya.

2 comments:

Xara said...

Wah.. sudah main misteri2 pula

Panaharjuna said...

Sebenarnya, ini adalah percubaan kami untuk memasukkan unsur-unsur penyiasatan pula di dalam siri Sahabat Koleh Kacang namun kita akan mencuba juga memasukkan unsur-unsur yang lain seperti sejarah, sukan dan lain-lain. Insyaallah di dalam siri SKK 4, 5 dan 6 yang masih di lukis oleh saudara FN