Tuesday, January 22, 2008

Pendekar Merah Budiman


Untuk semua penikmat-penikmat buku saya, barangkali tidak ramai yang tahu bahawa saya turut menghasilkan buku dalam genre-genre novel klasik. Antara yang terkini saya hasilkan adalah Pendekar Merah Budiman.

Kisah pendekar Merah Budiman ini, sekonon-kononnya, adalah kisah seorang pendekar yang wujud di zaman kesultanan melayu Melaka ketika Melaka mulai mendapat nama di mata dunia, ianya dalah cerita yagn diangkat pada zaman Sultan Muzaffar. Pada waktu Sultan Muzaffar baru hendak menaiki tahkta, keadaan Sultan Muzaffar agak mengecewakan orang-orang kuat di sekelilingnya kerana Sultan Muzaffar sentiasa berkeadaan murung lantaran tidak mempunyai sesiapa pun disisinya untuk berkongsi segala kegembiraan dan kemahyuran hidup sebagai pemerintah Daulah Melaka.

Segala derita batin itu sebenarnya disedari oleh bendahara yang bijaksana. Bendahara juga tahu bahawa Sultan Muzaffar sangat merindukan adiknya Sultan Khalilullah, yang dipisahkan darinya sejak lahir. Lalu missi membawa pulang Sultan Khalilullah yang pada ketika itu berada di bawah jagaan Tok Guru Merah Budiman yang bernama Lang Jagat pun bermula.

Ketika Merah Budiman hendak membawa pulang Sultan Muzaffar ke Melaka, Lang Jagat sudah pun memberi amaran bahawa kepulangan Khalilullah akan menyebabkan Melaka berada didalam situasi dan keadaan yang harus siaga setiap masa. Lang Jagat menduga melalui firasat dan pengalamannya bahawa lantera kekuatan Melaka haruslah terletak di tangan Khalilullah, kerana Sultan Muzaffar lemah jika Khalilullah di apa-apakan.

Ternyata dugaan dan firasat Lang Jagat tepat.

Sesuatu yang besar terjadi di alam Melaka yang tercetus kerana kepulangan Khalilullah membawa Melaka ke dalam zaman huru hara.

Ramai yang bertanya saya, bagaimanakah rupanya huru hara di Melaka pada ketika itu.

Jawapan ini hanya akan saudara saudari pembaca ketahui setelah selesai saudara saudari membaca Novel setebal 368 muka surat ini.

No comments: