Saturday, March 21, 2015

MELAKA PELABUHAN KAMPUNG JE KE?

MELAKA PELABUHAN KAMPUNG JE KE?

posted by
Al Semantani Jones via FB

Pelabuhan Melaka bukan lah macam jeti penambang perahu macam dalam cerita P. Ramli Pendekar Bujang Lapok . Pelabuhan Melaka adalah pelabuhan terkaya di timur sewaktu itu lengkap dengan sistem cukai dan pengurusan yang sistematik.

Pelabuhan Melaka dapat membangun dengan cepat dan muncul sebagai pelabuhan yang tiada tolok bandingnya adalah sebab sistem cukainya yang teratur dan berpatutan. Kadar cukai bergantung kepada nilai barang yang dibawa oleh pedagang. Kadar pembayaran adalah berbeza untuk setiap golongan pedagang. Kadar yang dikenakan adalah seperti berikut:

(a) Pedagang-pedagang dari India, Sri Langka, Burma, Siam dqn Sumatera - 6 peratus daripada nilai kargo.
(b) Pedagang dari Melaka dan negeri Melayu Semenanjung - 3 peratus daripada nilai kargo.
(c) Pedagang dari China, Sumatera Selatan, Jawa dan Maluku - Memberi hadiah-hadiah bemilai 1 peratus daripada kargo mereka.

Walaupun begitu, adalah menjadi kebiasaan bagi pedagang-pedagang dalam dan luar negeri yang membawa persembahan kepada Sultan, Bendahara dan pembesar Melaka. Pada umumnya persembahan itu bemilai satu atau dua peratus daripada jumlah nilai barangan mereka. Selepas semua cukai dibayar, urusan jualan barangan pun bermula di sepanjang jambatan Melaka, di jalan raya berhadapaan bangunan lama sekarang dan di bazar-bazar.

Kerajaan Melaka telah mengeluarkan sejenis lesen kebenaran berniaga kepada para peniaga dan penjual. Pengeluaran lesen ini adalah sebahagian pendapatan kerajaan. Para pentadbir sentiasa memerhati dan mengawas urusan jual beli agar barangan import yang 13 tersimpan tidak rosak atau jualnnya lembab. Tidak ada bukti yang menunjukkan para penjual asing mengalami kerugian. Urusan pemiagaan mempunyai dua bentuk lauu meialui sistem tukar barang dan yang kedua menerusi proses penjuaian dan pembelian. Tome Pires menyebut wang logam di Melaka dibuat daripada calains dalam bentuk timah yang terpahat nama Sultan Melaka yang memerintah. Pada masa pemerintahan Sultan Muzaffar Syah, mata wang emas telah digunakan dalam perdagangan. Terdapat juga mata wang dari perak dan timah yang dikeluarkan ataupun dibuat di Melaka.

Peringkat penjuaian dan penyebaran barangan yang diimport mengikut Tome Pires keseluruhannya dijalankan oleh pedagang Melayu. Peniaga ini membeli barangan dar pemborong dan menjualkannya di pasar-pasar, di pondok-pondok yang dibina di atas jambatan, di lorong-lorong depan rumah, kedai, bazaar ataupun sistem lambakan di tepi jalan. Dalam Sejarah Melayu disebut “Tunku, sekarang lebih kita tidak betul, banyak kedai yang menganjur, baik juga tuanku membetuli; kalau-kalau Yang Dipertuan berangkat, dilihat baginda lebuh tidak betul, murka kelak akan tuanku. ” (Sejarah Melayu, edisi 2000, him 254) Sistem penyebaran pula ialah barangan yang dimport akan disebarkan ke Gugusan Kepulauan Melayu dengan mengunakan kapal-kapal.

Tome Pires melaporkan bahawa perdagangan juga dijalankan oleh masyarakat bangsawan Melayu kelas atasan seperti Sultan Muzaffar Syah :
. .he devoted much care to the improvement to Malacca, he bought dan
built jinks and sent them out with merchants. ”
Sultan Alauddin pula:
the king o f country puts his share in each junk that goes out, that is a
way fo r the kings o f malacca to obtain large amounts of money; and hence there is no doubt that the kings of Malacca are veiy rich indeed. ”
Para pembesar Melaka melibatkan diri dalam perdagangan kerana ia
menguntungkan. Mereka menyediakan pelbagai perkhidmatan yang diperlukan oleh pedagang luar negeri. Mereka menyediakan gudang untuk disewa, tempat penginapan untuk pedagang menginap dan juga perkhidmatan memperbaiki kapal, jahit-menjahit dan bungkus-membungkus (Zainal Abidin , 1996).
Menurut Ismail, A.Aziz dan Abd. Rahman (1995), sungguhpun hampir semua pedagang datang ke Melaka dan tinggal di Melaka buat sementara sahaja tetapi bekalan makanan mereka perlu disediakan. Oleh itu kerajaan Melaka membawa masuk makanan
dari Jawa dan Siam. Menurut Tome Pires,
“...he always maintained his friendship with the said king; and a large
quantity o f foodstuffs come from Jawa. ”

Raja-raja lain di bawah taklukan Melaka juga terlibat dalam kegiatan urusniaga dan berdagang di Melaka. Tome Pires mengatakan Raja Pahang, Kampar , Inderagiri yang menanam modal dan menghantar wakil urusan untuk berdagang. Terdapat juga saudagar yang kaya raya dan berkemampuan untuk menghantar tiga hingga empat buah
kapal besar ke tempat asing misalnya Tome Pires menulis:
“ ...capable o f sending each year a junk to China, add another to Benggal, and another to Pulicat, and another to Pegu, and the merchants of Malacca and for the ports took shares in these. ”

Walaupun begitu menurut Andaya(1983), Raja-raja Melaka turut berniaga tetapi jika dihitung seluruh cukai yang didapat oleh kerajaan, jumlah pemiagaan Raja-raja tidaklah seberapa besar berbanding dengan cukai terhadap kapal-kapal dagang yang berpusu-pusu masuk berlabuh ke Melaka. Dianggarkan dua ribu buah kapal yang berlabuh di Melaka dalam satu-satu masa.

Menurut Zainal Abidin (1996) pula, hasil kutipan cukai digunakan untuk membiayai pertahanan empayar Melaka dan juga untuk meluaskan serta memesatkan kegiatan ekonomi, politik, sosial dan agama Islam. Sebahagian dari hasil cukai itu juga digunakan oleh raja dan kaum kerabatnya. Bentuk harta atau khazanah yang gemar mereka kumpulkan ialah emas dan perak.

Di peringkat betjaja, de Eredia, Barbosa dan de Albuquerque menyatakan bahawa urusniaga banyak dijalankan oleh pedagang pribumi sebagai peniaga di bazaar, pasar Melaka ataupun berdagang di tempat lain dengan menggunakan “small coastal praos and light ships”. Kaum wanita juga turut memainkan peranan akiif dalam mengendalikan kedai runcit dan gerai-gerai. Ini menunjukkan bahawa terdapat dua pola pemiagaan iaitu pedagang secara besar-besaran dan pedagang kecil-kecilan. De Edredia mengatakan bahawa pedagang kecil-kecilan tertumpu di Sabak iaitu sepanjang tebing sungai Melaka dan pedagang secara besar-besaran yang terdiri dari pemerintah dan golongan elit tertumpu di atas dan di lereng bukit. Sementara itu pedagang sepenuh masa dan kaya raya tertumpu dan menetap di kawasan Upeh (Terenquera) atau Iler (Bandar Hilir).

Menurut Zainal Abidin (1996), ada segolongan rakyat Melaka yang digelar orang kiwi yang merupakan pedagang dan peniaga yang aktif di Melaka. Mereka bukan hanya berniaga d- Melaka tetapi juga pemah berdagang ke India, China dan negeri-negeri Kepulauan Melayu. Orang kiwi ini mempunyai kapal atau menyewa kapal untuk membawa barang dagangan mereka. Mereka mempunyai hubungan baik dengan pembesar Melaka dan boleh dianggap sebagai golongan pertengahan dalam masyarakat Melaka yang giat berniaga.

Tome Pires mengatakan bahawa para pedagang pribumi menggunakan kapal dagang mereka bukan sahaja di sekitar semenanjung Tanah Melayu tetapi uga hingga ke Koromandel, Tenasserim, Teluk Benggala, Pegu, Ceylon, China,Kepulauan Nusantara, Maluku hingga ke Mekah. Kegiatan ekomomi perdagangan dan perkapalan yang besar dan kompleks ini menyebabkan wujudnya sistem, tertentu atau aturan menggunakan kapal seperti yang terdapat di Undang-Undang Laut Melaka.

Sumber:
Aktiviti Keusahawanan Masyarakat Melayu pada Zaman
Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka
Zainudin Hassan dan Rozeyta Omar
Universiti Teknologi Malaysia
Skudai, Johor.

No comments: