Friday, June 16, 2006

Bagaimana Kisah Kole Kacang bermula

Satu-satunya perkara baru yang saya ketahui selepas kisah kole kacang itu mendapat sambutan, adalah rupa-rupanya kuih kole kacang itu tidak popular, barangkali tidak di kenali di bahagian utara tanah air. Padanlah saudara Faisal terkebil-kebil ketika kali pertama saya mengkhabarkan nama kuih itu padanya.
XXXXXX"Kuih Kole Kacang" beritahu saya pada Faisal.
XXXXXX"Kuih Kole kacang tu kuih amenda" tanya Faisal. Saya menepuk dahi, ah sudah, pelukis saya ini tidak kenal rupanya kuih kole kacang ini. Namun akhirnya, berkat usaha dan kerajinan Faisal menziarahi kedai-kedai di sekitar Kuala Lumpur, akhirnya bertemu juga si Faisal dengan kuih kole kacang itu.
XXXXXX"Aku dah jumpa dah kuih kole kacang!"beritahu Faizal kepada saya didalam smsnya.
XXXXXX"Syabbas vitagi..syabbas!" saya turut gembira dengan berita discovery Faisal itu.
Syakirah didalam kuih kole kacang itu memang benar-benar wujud, begitu juga Fariha dan Midha, namun yang paling mengilai kuih kole kacang itu, memang benar adalah adik saya yang bernama Shakirah itu. ( shakirah adik saya di eja SH, bukan Sy)
Shakirah yang bakal menamatkan zaman bujangnya pada pertengahan bulan lapan ini. Insyaallah.

3 comments:

Kalamtimur said...

Hari itu missus saya pergi Changlun, dia bawa balik kuih Kole Kacang yang dibelinnya dipasar malam di situ. Enak!!! Memang kuih kole kacang cukup sedap. Lain-lain negeri lain rasanya.

Puan Ainon Mohd. said...

Asalamualaikum, Sdr Icesoul. Wajah sahabat2 kole kacang tu macam adik beradik, lah. Banyak iras-iras persamaan. Minta supaya tiap seorang tu ada air muka, wajah dan perwatakan yang unik. Terima kasih.

Anonymous said...

variasikan penciptaan watak!..