Saya hendak pergi ke PTS pada pagi ni, menyelesaikan balance pemotongan 'dengan air mata pilu' lagi 10 ms lagi, hmm tak tau lah di mana saya hendak potong cerita Skk 2 ni, oh yea..., disini boleh...,
Johan mengintai-intai ke dalam untuk melihat kelibat Shafie. Dia terlihat Shafie memerhatikan bunga orkid itu sambil mencangkung dihadapan bunga itu. Pada ketika itu, Shafie sedang menimbang-nimbang sama ada wajar atau tidak tindakkannya hendak memberikan bunga itu kepada Puan Khalida. Shafie membelek-belek daun bunga orkid yang telah ke kuning-kuningan sedikit dan berlubang itu.Sewaktu ibunya masih hidup, dialah yang mengambil tahu semua hal-hal berkenaan bunga itu. Setelah puas berfikir Shafie akhirnya membuat keputusan untuk menyerahkan bunga itu kepada Puan Khalida. Barangkali ibu Muaz itu boleh menjaganya.
XXXXX“Orkid, biarlah kamu dibela oleh orang lain, saya tidak pandai menjaga kamu,” bisik Shafie kepada bunga Orkid itu. Shafie mulai mengangkat pasu yang mengandungi bunga orkid itu.
XXXXX“Shafie!” panggil Johan dengan kasar. Shafie yang sedang mengangkat pasu terkejut, dia meletakkan kembali pasu yang diangkatnya tadi. Shafie memberanikan dirinya. Dia berjalan ke arah Johan tetapi masih menjarakkan dirinya.
XXXXX“Assalamualaikum Johan, ada apa yang boleh saya bantu?”
XXXXX“Saya ini tidak puas hati dengan awak tahu!”
XXXXX“Kenapa?”
XXXXX“Kamu adalah penyebab saya dan Azizul berpatah arang”
XXXXX“Kamu jangan salahkan saya!, kamu itu yang tidak tahu berkawan!”
XXXXX“Apa maksud kamu?”
XXXXX“Kami semua tahulah apa yang terjadi, fasal kejadian surat cinta untuk ustazah Husna itu!”
XXXXX“Apa yang kamu tahu?”
XXXXX“Saya tahu bahawa kamu terlibat, tetapi tidak mahu mengaku!”
XXXXX“Memang saya tidak terlibat!, saya tidak buat apa-apa pun, buat apa saya hendak mengaku!”
XXXXX“Kalau tidak buat kenapa kena hukum juga?”pertanyaan Shafie yang bijak itu membuatkan Johan terdiam dan terperangkap, “Satu sekolah sudah tahulah Johan, kamu jangan ingat kami tidak tahu!” kata-kata Shafie itu membuatkan Johan semakin tidak puas hati.
XXXXX“Eh kamu jaga sedikit ya!, kerana kamulah kami sudah hilang kawan,” Johan mulai menuding ke arah Shafie namun Shafie tidak takut.
XXXXX“Kamu itu yang kacang hantu kerana suka buli orang, Azizul itu bijak. Dia tidak suka berkawan dengan kamu yang jahat”
XXXXX“Eh!, kamu jangan sibuk hal kami ya!, saya susahkan awak nanti!”
XXXXX“Saya tidak takut!, saya akan lawan kamu”
XXXXX“Ah!, sudahlah, kamu itu sebenarnya pondan, suka bercakap dengan bunga!”
XXXXX“Yang kamu susah sangat ini kenapa?”,Ketika itulah tanpa disedari oleh Johan, kereta yang di pandu oleh Haji Darus sudah tiba di belakangnya. Kelam kabut, Johan melarikan dirinya dari situ. Dia mengambil basikalnya lalu gesa-gesa mengayuh pergi dari situ. Hassan turut mengekori Johan yang sudah bergerak jauh dari situ.
Hmm..yang warna biru itu saya sudah buang, kalau icesoul nak tengok juga nanti, dengan apa saya menggantinya, petang ini, saya akan paskan dia SKK2 yang sudah siap ditaip,err..sekarang sudah tinggal 139 page, ada lagi 9 page mahu buang!, cargas! cargas! CARGAS!.
Monday, June 19, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
air mata pilu kau akan dibalas setimpalnya! wachaa!
ermmm petikan ini memberikan saya inspirasi untuk mengurangkan penggunaan di akhir dialog seperti : kata leman,ujar leman,jerit leman
Post a Comment