Wednesday, June 14, 2006

Bismillahirrahmanirrahim...




Setelah satu perbincangan ringkas dibuat,di sini Panah dan aku akan berkongsi apa jua yang kami telah buat semasa penghasilan Sahabat Kole Kacang. Kami juga akan berkongsi apa jua kemajuan kami dan ke mana halatuju SKK ni seterusnya. dengan sokongan rakan-rakan insyaAllah kami berjaya ke tahap yang lebih tinggi... amin..

6 comments:

Faisal Nordin said...

cubaan..

mfrstudio said...

waahh bagus skali ... maafkan saya kerna telah dibuka untuk dikomen maka saya dgn senang hatinya mahu mengomen.

pertamanya,saya masih tidak dapat agak apakah tema komik ini,adakah mengenai kisah persahabatan 6/7 sekawan. atau adakah mereka penyiasat,yg terjebak dgn sebuah kes jenayah secara tak sengaja maka mereka bergabung kebolehan untuk menyelesaikan kes itu.dan kes itu ada kaitan dgn kole kacang?atau adakah mereka ini telah secara tidak sengaja kembali ke zaman silam dan masing-masing telah punya kuasa sakti,lalu mereka mahu banteras kezaliman? atau adakah ia sememangnya mengenai kole kacang kerana masing-masing watak adalah peminat kuih kole kacang,dan komik ini cuma mengisahkan dugaan dan permaslahan harian yang berlaku lalu persahabatan mereka diuji? saya nampak tema persahabatan amat rapat dgn komik ini berdasarkan sketch saudara.walaubagaimanapun dari segi tema dan jalan cerita pastilah susah untuk dikomen kerana tiada pun penerangan mengenai hal itu yg disiarkan oleh saudara.pada pendapat saya,kekuatan sebuah komik lebih bertumpu pada tema,dan bukannya lukisan sgt.oleh itu saya menanti untuk tahu tema komik ini untuk dikomen. dan amat berharap tema itu punya originality dan bukan tema hasil peniruan manga jepun seperti yakitake japan mahupun naruto hendaknya.

kedua,mungkin saya tidak biasa dgn lukisan saudara,namun watak yg dihasilkan gagal menyerlah sifat tertentu watak dan saya cuma dapat lihat watak itu punya wajah yang seiras cuma bertukar gaya rambut atau aksesori pada pakaian watak sahaja membezakan mereka.kekuatan kedua komik yang dapat saya kutip setelah mengkaji beberapa komik (boleh abaikan jika saudara tidak iktiraf kajian saya huhu),adalah karakter dan sifat tertentu watak,dan amat penting wajah watak itu berbeza antara satu sama lain.

ketiga,saya amat pasti saudara adalah seorang islam. maka saya amat berharap komik ini bukan sekadar sebuah jalan cerita yang keanak-anakan,dan sekiranya golongan pembacanya kanak-kanak sekalipun adalah amat diharapkan agar unsur dakwah diselitkan dengan kuat dalam mesej komik ini. pada saya, komik dari org islam yg hanya dihasilkan untuk tujuan komersial tanpa apa-apa faedah dari segi pembinaan minda golongan sasaran adalah umpama komik yang tidak ada istimewanya.

sekian sahaja komen saya yang saya harap bukan komen yg sia-sia tapi komen yang membina. ;)

ikhlas,
mfr

mfrstudio said...

oohh..td saya ke laman pts..adakah komik ini telah pun ada di pasaran?

ini sinopsis yg saya dapat,
"Kole Kacang? Apa itu? Kole kacang itu kuih sebenarnya...tetapi ada lagi yang tidak tahu. Syakirah suka makan kole kacang, jadi Muaz mesti bawa lebih kuih itu... hanya untuk Syakirah."

adakah komik ini berkisar tentang cinta lelaki-perempuan? dan ia untuk kategori kanak-kanak?

(>0<) -sinopsis itu amat aneh bg saya untuk dikategorikan sbg kanak-kanak,dan saya yang belum membaca komik ini amat berasa sedikit hampa sekiranya komik ini mengambil tema cinta bukan mahram sbg kekuatan komik.huh.

saya amat menanti pelukis islam yang mahu berdakwah dgn serius dalam komik mereka.

wslm.

Panaharjuna said...

Ya fakhrul. baca dahulu ye, lepas itu baru komen. Jangan jump to the conclution dulu, okay?, salam hormat.

Kalamtimur said...

Betul, tu fakhrul razi. Baca dulu SKK. jangan buat andaian seperti itu.

Faizul bin Kamaruddin bin A. Manan bin KH Bendar said...

buku nih ade jual lagi ke? bak sini saya bedah siasat