Seusainya waktu menghadiri majlis pelancaran Jibam -the Movie, saya lewat dihadapan kedai ini kerana hendak ke Cafe seorang sahabat untuk berbual dimasa yang sama merangkap hendak menggunakan khidmat Internet di kedainya dengan 'ongkos' yang agak murah. Dalam perjalanan itu saya harus melalui jalan di mana Pn Ainon tidak mahu menggunakan jalan itu. Hati saya berbisik ketika melintasi kedai ini, masih adakah buku-buku saya di sini?.
Suatu hari nanti, saya terfikir hendak mengajak saudara Faisal kesini, jalan-jalan sambil beli buku saya yang agaknya hari ini sudah jatuh nilainya menjadi RM 1 atau RM 3, senilai dengan sarapan pagi.
Hati sayu, tetapi itulah kenyataan, saya tidak pasti samaada buku ini (Nursadiq) masih ada di kedai keramat itu ataupun tidak. Nursadiq bukanlah sebuah novel, ianya malah sebuah Antologi yang di tulis bersama teman-teman penulis hasil dari minggu penulis remaja yang kami hadiri, dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada suatu ketika dahulu. Saya bertuah kerana pernah memenangi Sayembara Hadiah Sastera Siswa Bank Rakyat bersama beberapa orang penulis lain dan pada waktu itu, hasil dari cerpen kami yang rata-ratanya bertanding didalam Dewan Siswa telah dibukukan kedalam Antologi yang diusahakan oleh Allahyarham Profesor Othman Puteh dan Rahman Shaari. Nursadiq adalah salah satu Antologi dari hasil karya kami yang kini telah menjadi sejarah itu.
Thursday, March 22, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment